Home FanPage follow +



Wednesday 12 June 2013 @ 23:07
0 +
.:: Muhasabah Diri ::.


Muhasabah Diri...Ukhtiku.. 
(Renungan Untukku, Untukmu dan Untuk Kita Semua)

Ukhti . . .
Kecantikan itu adalah Ujian.
Sayang sekali , kenapa banyak wanita
Cantik yang mendedahkan Auratnya…??
Apa yang mereka ingin banggakan
dari Kecantikannya..

Andai saja mereka menyedari bahawa
Wajah Cantiknya itu tidak abadi , akan
tua, keriput dan dimamah usia..

Ingatlah..kita ini akan mati dan yang Allah lihat... 

bukanlah kecantikanmu, melainkan
hati dan amal perbuatanmu..

Duhai Ukhti ,
Satu Kecantikan yang dilihat dengan penuh syahwat,
akan menimbulkan satu dosa untukmu…

Apakah kau tidak pernah menyedari itu. . . ??

Dan apakah kau tidak pernah menghitung dosa yang semakin menumpuk..
Aku yakin kau pasti tidak pernah menghitungnya..

Sudah berapa banyak orang yang
Memandangmu dengan Syahwatnya. . .
Mungkin, kerana kau lebih senang
di puja dan di puji bak Bidadari yang
turun dari kayangan..

Apakah engkau lupa duhai Ukhti..
Kecantikan itu adalah Milik-Nya,..
Suatu saat nanti akan di ambil-Nya kembali…
Dan engkau pun akan di pertanyakan untuk apa kecantikanmu di pergunakan…?!

Seandainya engkau menutup Auratmu dan menjaga Kecantikanmu hanya untuk Orang yang Halal kelak, itu lebih bererti dan berharga untuk dirimu..

Namun aku hairan, walaupun kau sudah menutupi Auratmu, mengapa masih saja kau bangga dengan Kecantikanmu ??

Kau upload gambar-gambar yang mengiurkan,
Berbusana Muslimah tetapi tidak mengetahui hakikat Malu kepada Allah…

Aku akui kau memang Bidadari Dunia,
Tapi kau belum tentu menjadi Bidadari Akhirat..

Jika Akhlaq dan Hatimu tidak Mencerminkan Kecantikanmu. . .
Dan Terkadang pun aku menjadi hairan
di buatmu, engkau begitu Cantik, tapi
mengapa kau tidak mampu menjaga Lisanmu. . . ?!

Apakah Kau tak pernah menyedari, bahawa banyak penghuni Neraka di sebabkan oleh Lisan yang tak terjaga…

Duhai Ukhti..ketahuilah lebih dari setengah Penghuni neraka adalah
Kaum Hawa. . .

Mengapa ??

Kerana mereka tidak mampu menjaga
Aurat dan Lisannya. . .

Aku tahu..tidak mudah menjadi peribadi yang baik di mata Allah, tapi setidaknya engkau mahu mencuba dan berusaha merubah apa yang buruk menjadi suatu kebaikan untukmu…

Aku Tahu, kau memang lemah, tetapi kau tidak pernah menyedari bahawa kau lebih kuat dari apapun, Seandainya di hatimu ada Secuil Keimanan dan Rasa Malu Kepada-Nya. . .

Duhai Ukhti…Malu itu adalah Perhiasanmu,
Dan itu yang Membuatmu Cantik, bukan Parasmu dan Tubuhmu yang Elok…
Dan Pakaian Terindah Untukmu adalah Taqwa, bukan baju yang Glamour atau Seksi dan sebagainya…

Duhai Ukhti, belajarlah dari Alam, Belajarlah dari Kehidupan..kerana tidak semuanya akan selalu…
Indah di pandang mata. . .

Allah mampu merubahnya hanya dengan mengatakan : ” Kun faa yaa Kun”.

Belajarlah Ilmu agama untuk bekal Hidupmu di Dunia dan Akhirat..

Jadilah Wanita yang Solehah untuk Peribadi dan Keluargamu…

Setiap Jiwa akan dipertanggungjawabkan amalannya masing-masing. . .

Jadilah Wanita yang
Seindah Bunga Akhir Zaman,
Secantik Permata Berlian,
Seanggun Bidadari Syurga. . 

Aamiin.

Please do the rules:
  1. No spamming--no no no!
  2. Don't talk rudely--don't don't don't!
  3. I like nice people--
    if you need meh to follow your blog back--ask it nicely and i'll think about it~

Post a Comment

Older Post