Home FanPage follow +



Wednesday 12 June 2013 @ 22:13
0 +
.::Sebagai Renungan::.



Setiap perbuatan kita setiap hari

akan direkod sentiasa..
akan ditimbang di sana..
dan akan diserahkan semula..



kanan atau kiri,
syurga atau neraka...



**********************************



Rakaman Allah yang tidak dapat dicapai oleh akal, didengar dengan indra, dilihat dengan mata



Rakaman Allah yang tidak hanya beberapa jam, namun sepanjang usia kita…hebatkan, SubhanaAllah….



Rakaman Allah yang bukan hanya terperinci setiap hari, setiap jam dan setiap minit, namun setiap detik dan saat…



Rakaman Allah yang tidak hanya tentang suara, namun amat terperinci setiap kegiatan kita, ter perinci setiap lirikan mata kita, sangat terperinci gerakan ibadah kita, bahkan sgt terperinci akan lintasan hati kita....
tiada tempat untuk kita lari dan menyembunyikan diri…semua akan menjadi saksi sgl amal perbuatan kita…



Bagaiamana bila rakaman itu kelak dibuka?



Masihkah kita merasa aman?
Berapa usia kita sekarang ?



20 tahun, 30 tahun, 50 tahun, atau bahkan lebih...



Sejenak kita merenung, memutar kembali rakaman hidup kita, membuka semua memori hidup…



Rasanya kita memerlukan waktu yg agak lama untuk mengingat semua perjalanan hidup kita, begitu rapuhnya ingatan itu tersimpan…



Bagamana dengan rakaman hidup kita yang dimiliki ALLAH ?



Yang mana pada saatnya nanti akan ditunjukkan kepada kita..



Pastilah lebih dahsyat lagi, catatan & rakaman itu sugguhlah hebat, tidak ada yg lepas dari pengawasan Allah, walaupun direlung hati yang paling dalam sekalipun



kita harus sedar secepat mungkin akan pengawasan Allah atas semua yang kita lakukan



Kita harus sedar tidak ada yg terlepas dari ketajaman kamera Allah atas semua perilaku kita



Sedarlah wahai diri…bahawa rakaman hidup kita akan diputar & dipertanggung jawabkan kelak



"pada( hari itu) kamu lihat tiap-tiap umat berlutut. Tiap-tiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya. Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap yang telah kamu kerjakan." (Qs. AlJasiyah 45: 28)



Sedarlah bahawa KAMERA ALLAH SELALU MEMANTAU GERAK-GERIK KITA dalam kehidupan ini, semakin kita menyedari bahawa ada yang memperhatikan kita, pastilah kita akan semakin berhati-hati…



Semoga setiap kejadian tidak hanya berlalu dan berlalu..



dan hanya menjadi bahan bualan beberapa hari..



Setiap kejadian dan peristiwa yang sampai kepada kita harus menjadi bahan tafakur kepada kekuasaan Allah. Dialah pemilik kemuliaan dan dariNya-lah kemuliaan. Kemuliaan manusia bukan dari jabatan atau kedudukan namun dari ketakwaannya. Mudah bagi Allah membuka dan menutup segala yang Dia kehendaki.



Katakanlah, "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkau-lah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu" (QS Ali Imran:26)



Masih punya waktu untuk membuat pilihan.



Maka, pilihlah apa yang Allah suka. InsyaAllah bahagia :)

Please do the rules:
  1. No spamming--no no no!
  2. Don't talk rudely--don't don't don't!
  3. I like nice people--
    if you need meh to follow your blog back--ask it nicely and i'll think about it~

Post a Comment

Older Post